Friday, June 27, 2008

PENGENALAN PPPIS

Visi
Sebagai sebuah badan NGO, (PPPIS) inginkan umat Islam di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya, menjadi muslim yang sejati seperti yang diperintahkan oleh Allah (S.W.T.) dengan mencontohi Nabi Muhammad (s.a.w.) serta yang dipimpin oleh para sahabat dan fukara’ yang berfungsi sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Misi
Menyeru manusia kepada jalan Allah dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan membantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Allah s.w.t itu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui akan hamba-hamba-Nya yang mendapat petunjuk.

Mempermudahkanlah dan tidak menyusahkan dan menggembirakan dan tidak menggusarkan diatas segala perintah Allah dan Rasul-Nya
untuk mencapai matlamat ini, Insyallah (PPPIS) akan berhubungan dan berkerjasama dengan mana-mana peniaga, pengguna dan komuniti ISLAM sama ada di dalam atau di luar Kerajaan, yang sefikrah dengannya serta mana-mana pertubuhan yang dianjurkan oleh mereka.

Selamat Datang ke Laman Web Komuniti PPPIS

Komuniti PPPIS (Persatuan Pelindung Pengguna Islam Selangor) iaitu satu NGO yang lahir dari cetusan dan satu kesedaran untuk mewujudkan serta memantau satu piawaian Halalan Thoyyiba dan jaringan perniagaan berasaskan hukum-hukum syarak Islam yang melibatkan pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna.

Hari ini ummah Islam seluruh dunia terdedah kepada produk makanan yang tidak selamat dan mengadungi pelbagai bahan serta kontiminasi haram yang boleh menjurus ke arah kelemahan ummah dari segi akidah, intelektual, kesihatan dan ruhani.

Surah Al Baqarah ayat 168 menjelaskan bahawa umat manusia dikehendaki memakan makanan yang Halal Lagi Baik [Halalan Thoyyiba].

PPPIS tidak hanya tertumpu kepada pemasaran produk, tetapi juga menfokus kepada pendidikan yang bermula dari makanan yang halal lagi baik (Halal & Thoyyib) dan kuliah agama bermula dengan "kepentingan Syahadah".

Tujuan Utama PPPIS
5(lima) aspek utama iaitu pengilangan, pemasaran, pengurusan dan motivasi.

1. Mewujudkan jaringan perniagaan melalui sistem yang komprehensif dan sistematik

2. Melaksanakan Jihad Ekonomi dan Fardu Kifayah


3. Strategic Marketing dan Smart Partnership


4. Mempelbagaikan produk Halalan Thoyyiba di pasaran dan mengembangkan rangkaian pemasaran borong dan runcit agar produk HALAL & Thoyyiba mudah sampai kepada pengguna


5. Penyaluran Maklumat mengenai produk Halal dan pendedahan mengenai kandungan bahan-bahan yang tidak halal dan kontiminasi-kontiminasi HARAM dalam makanan unat Islam serta strategi musuh Islam dalam makanan dan barangan kegunaan Ummah Islam untuk melemahkan mereka secara total


Siapa boleh menjadi ahli?:

Keahlian PPPIS terbuka kepada semua muslimin dan muslimat. Anda boleh menyertai Komuniti PPPIS sama ada sebagai pengilang, pemborong, usahawan, peruncit atau pengguna. Untuk keterangan lanjut tentang faedah menjadi ahli hubungi kami. atau emel kepada kami untuk mendapat keterangan lanjut, di:- pppisngo@gmail.com